LIVE | [BM] MPL MY Season 18 Minggu 6 Hari 1
MPL Malaysia • 729.0K views • 1d ago
Description
Minggu 6 Regular Season MPL MY S18 kini bermula sebelum liga berehat selama dua minggu!
Tekanan semakin memuncak apabila setiap perlawanan kini cukup berharga dalam usaha mengukuhkan laluan ke Playoffs dan merealisasikan impian untuk melangkah ke Kejohanan Dunia M8.
Di Leg 1, Team Rey mencatatkan kemenangan bersih 2-0 ke atas Team Flash. Kini tiba giliran Team Flash untuk membalas luka lama, mampukah mereka menghentikan dominasi Team Rey, atau keputusan sama bakal berulang?
RRQ Tora pula masih memburu peluang ke Playoffs dengan baki perlawanan yang semakin berkurangan. Walaupun tewas 1-2 kepada Team Vamos di Leg 1, mereka sempat mencuri satu pusingan. Mampukah RRQ Tora mengatasi cabaran Team Vamos dalam pertemuan kali ini?
Jumaat | 18 September 2026
TR vs FL - 5:00 PM
RRQ vs VMS - 8:15 PM
📌 MPL MY Arena, Level 6, Quill City Mall Convention Centre
🎟️ Pautan tiket di bio
MYtimeMYera MPLMYS18 MLBB MobileLegendsBangBang